‘8thPLORACE’ merupakan sebuah projek yang diperkenalkan dan dianjurkan di bawah Jawantankuasa Kerja Perkembangan (JKP) Akademik dan Intelektual, Kolej Kediaman Kinabalu, Universiti Malaya.  Projek ini telah dimulakan pada sesi 2006/2007 dan merupakan sebuah sub-projek di bawah naungan Minggu Eksplorasi Minda (MEM). 8thPLORACE kini telah menjadi projek tunggal dan akan diteruskan lagi untuk kali kelima pada sesi ini.

            Projek yang berbentuk permainan dan berkonsepkan ‘treasure hunt’ ini akan memberikan cabaran mental dan fizikal terhadap para peserta. Para peserta yang terdiri daripada pelajar universiti dari seluruh Malaysia, dikehendaki untuk menyelesaikan cabaran-cabaran tertentu untuk melepasi 10 ‘check point’. Setiap kumpulan mempunyai seramai empat orang peserta.

Lokasi pada sesi ini dijangka akan menggunakan laluan LRT (laluan Kelana Jaya dan laluan Ampang) sebagai laluan pertandingan, kawasan sekitar stesen LRT sebagai  ‘check point’ manakala padang varsiti Universiti Malaya sebagai tempat permulaan,  dan Padang Varsiti Universiti Malaya juga sebagai tempat perasmian dan penamat. Kami telah bekerjasama dengan syarikat  RapidKL yang mengendalikan LRT tersebut bagi mendapatkan bantuan kewangan dan bagi memudahkan perjalanan pertandingan. Projek ini berlansung pada 27 Februari 2010 dan diharapkan dapat menyatukan mahasiswa/i yang terdiri daripada pelbagai jenis kaum dari pelbagai universiti di Malaysia.

 

 
Make a Free Website with Yola.